Saturday, September 29, 2007

Kenangan kat ITM Melaka

Aku ada banyak kenangan kat Itm Melaka.. salah satu ni la aku nak citer.. tapi kelakar sikit..

Tak salah aku masa tu hari Jumaat.. kita punya Ko Kurikulum kat Lendu.. Aku, Adam Malik, Joe (DPA-senior) ngan sorang lagi (aku tak ingat) tengah lepak2 dalam bas.. pastu si Adam ni nak kencing.. kat situ mana ada tandas lagi kan.. so dia pun pi kat semak2 yang ngadap bukit dan kencing kat situ.. Pas tu dia pun naik bas.. aku tak ingat sapa yang tanya dia.. "ko kencing kat mana?" Dia jawab "kat mana lagi, kat semak tepi bukit tu la?" .. Pastu kitaorang gelak.. "ko tau tak, kat atas bukit tu kat bawah pokok2 getah tu , budak2 kesatria tengah rehat.. abis la kauuuu"...
Aku sakit perut gelak tengok Adam merah2 muka menahan malu..

Saturday, September 15, 2007

kisah dulu-dulu

Salam untuk semua,
ape cerita? sengap saje! tak ade cerita menarik ke? sebelum aku buka cerita, salam ramadhan buat semua. ape cerita menarik masa bulan puasa kat kampong lapan? aku rase banyak cerita menarik. cerita sahur kat dewan makan. cerita buka puasa kat bilik. cerita buka puasa kat klebang dan tempat yang sewaktu dengannya. sebenarnya aku tak berapa ingat cerita-cerita yang menarik, kalu sesiapa ada ingat cerita menarik ke kelakar ke sedih ke boleh le post kat sini. lepas tu yang lain tulung tambahkan.
sebenarnya bulan puasa kat kampung lapan aku ade sedih juga. tak pernah duduk asrama. bila buka puasa teringat family. tapi sebab kengkawan ramai kira ok juga. kurang rase sedih.