Tuesday, March 31, 2009

Down Memory Lane - Part 4

Ni aku punya gambar-gambar yang aku snap balik guna digital cam, so quality tu tak berapa cun la..


Gambar kat Colgate Palmolive



Gambar lepas berbuka posa kat Klebang ngan budak2 rumah...



Ni trip DIA ke Colgate Palmolive kat PJ..pastu melencong ler




Ni masa part 4 kot..aku dah lupa..

Wednesday, March 25, 2009

DOWN MEMORY LANE Part 3

I always wonder how some people can be so cantik bila dalam gambar. Those are species yang dikira photogenic la kot. Capture lah gambar dia dalam aksi apa pun, they will always look good.

Tapi those photogenic people tak boleh lawan aksi kawan kita yang sorang ni. Dalam apa-apa gambar pun dia mesti akan berikan aksi yang lain dari orang lain. He's so smart sampaikan dia ended up jadi the main object lam gambar tu sedangkan dia kadang-kadang sebenarnya objek tambahan je ketika tu.

Tak percaya cakap I? Ha..... perhatikan gambar-gambar ni...

Among the roses tetiba ada dia. Siap aksi ngereng-ngereng lagi.


See... Dia cover up objek-objek sebenar lam gambar tu.

Dengan aksi on-your-mark-get-set-go dia. Orang lain maintain je...



Even bila dia kat belakang pun he will announce his presence. Now dengan aksi tangan dia.



Another aksi ngereng-ngereng....



Dia enterframe lagi... Main object tu dia ke atau yang lain yang dah ready tu.


I won't spell out his name lah. But you guys know who la kan. Klasik sungguh la kawan kita tu. I'm amazed........



DOWN MEMORY LANE Part2

They say a picture speaks a thousand words. Habis tu, kalau many-many-many pictures? Ha.... Lu pikir la sendiri!

Here are some pictures that I hope will make us grinning all day long today. Enjoy......

The DPAians. Tak ingat masa ni Part berapa but we just had our annual raya gathering. Semua slim-slim belaka waktu tu.....

Ni masa trip gi Terengganu. The young and restless..... The bold and beautiful....

Masa menang drama Bahasa Arab. Kelasss gitu.... Takat teater PGL tu boleh lawan lah... Tengok perut si Zain.

Thursday, March 19, 2009

DOWN MEMORY LANE Part 1

After all these years, you all semua pernah kembali ke Jalan Hang Tuah tak? Oppss... soalan tu untuk mereka-mereka yang bukan orang Melaka sahaja ye.

I bukan orang Melaka. I orang NS. Dulu dan sekarang masih menetap di Seremban. Dapat kerja di Seremban. Got married to orang Seremban jugak. And the best part of it my husband pun alumni ITM Jalan Hang Tuah. Siapa, course apa dan batch tahun bila... shhhhh.... let it remain a secret.

I kerap turun ke Melaka mostly due to my husband's work. Bila ke Melaka, we all cuba mempelbagaikan tempat penginapan. Tapi sekarang ni we all dah suka menginap di Avillion Legacy Hotel. Why? Sebab dia betul-betul sebelah our beloved campus di Jalan Hang Tuah. Serious. Remember tanah kosong sebelah kampus kita tu, yang selalu buat funfair kalau menang dapat patung Buddha perut buncit tu... Ingat tak? Ha.... tapak kosong tu la dah dibina hotel ni. From the hotel's room, I boleh nampak ke dalam kampus kita tu. And I always recall back mana library, mana classroom, mana surau, mana kantin, mana lab komputer (time tu belajar pakai floppy disk 5", kelakar kan). Really you guys.... it really brings a smile to your face.

Ingat shopping complex sebelah tu? Dulu Fajar now dah jadi The Store. Ada jugak I pegi jenguk, saja nak mengingati kembali suasana dolu-dolu. Not much different though. McDonalds is still there. Tempat kita selalu lepak. Tempat Jatt selalu dating ngan Khizan. Tempat Lokman dating ngan Pretty Woman. Eh! Bukan situ ke?

Mamak bawah pokok tepi kampus yang you all selalu lepak tu dah takde. But then ada mamak Subaidah baik punya kat tepi tu. Siap ada Astro lagi.

Alahai...... banyak betul kenangan lalu di Jalan Hang Tuah.

Tuesday, March 10, 2009

MINI GATHERING


Pada 8hb Mac lepas bertempat di Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang, berlangsunglah impromptu mini gathering. Seramai 8 orang hadir yang mana kesemuanya jantan-jantan belaka iaitu aku, Midon, Jalil, Sam Korea, Azmi Mukhlas, Hisham Ghouth, Zain Karam dan Ghani. Mula-mula aku kontek Midon dan Jalil jer untuk lepak-lepak minum teh tarik, lepas tu Sham pun aku bagitau. Jalil ke Midon aku tak ingat sapa yang kontek Azmi and Sam. Lepas tu Zain lak datang and last sekali Ghani join. Kira happening la kejap. Lama tak jumpa ramai-ramai macam tu. Next time kita leh buat lagi and kalau boleh lagi ramai datang. Baru havoc.