salam untuk kengkawan semua,
sebenarnya selepas mengikuti e-mail kat yahoogroup, aku tergerak untuk create blog ini untuk kengkawan kongsi cerita masing-masing. setelah hampir 20 tahun aku rasa dah sampai masa untuk adakan program 'jejak kasih' khusus untuk kengkawan batch 1988 - 1990. tentu ramai yang masih ingat asrama kampung lapan dan juga asrama bachang. tentu semua masih ingat masa hari pertama pendaftaran kena potong rambut nombor 1. lepas tu MSR selama seminggu. yang ini tak banyak yang aku ingat, mungkin kawan-kawan ada cerita masing-masing yang masih diingati dan ingin dikongsi sebagai mengimbas nostalgia. satu lagi yang aku rasa semua orang masih ingat ialah kebanyakkan atau semua orang sangka pengetua (pak chat) tu tukang kebun sehinggalah dia berucap masa perhimpunan pelajar baru pada sebelah malam kalau tak silap.
masa msr yang aku ingat kena bangun awal pagi, program sampai malam. punya mengantuk masa kat dewan. nama dewan tak berapa ingat (mungkin ada kawan-kawan yang ingat). kena nyanyi lagu anak kecil main api. siapa masih ingat lagu tu? ada lagu lain lagi ke? siapa oc yang asyik suruh nyanyi tu? tak banyak yang aku ingat masa msr ni. sebagai permulaan cukup setakat ini dulu.
dengan ini secara rasminya aku menjemput kengkawan memberikan sumbangan bahan sebanyak mungkin. boleh cerita masa msr, cerita masa kat kampus, cerita masa kat asrama, cerita masa kat lendu, cerita kat dewan makan, cerita kat bandar hilir, cerita kat tengkera, cerita kat fajar, cerita kena kejar anjing, cerita kat warung bakar, md noh (warung satu lagi aku lupa) dan cerita seterusnya dan sebagainya serta lain-lain lagi. kalau dah cukup banyak nanti aku nak buat novel.
salam buat kengkawan.
lokman
no. kad matrik 87744307
shah alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
loqman...thanks...ingat lagi ka kat aku ni...mat
jais...dib dulu....apa khabar ?
aku nak tulis dlm blog...tapi tak dapat submit...hang
tolong submit yg kat bawah
tq
terimakasih lokman....bagus jugak hang buat blog
nie....buat ingat kisah2 lama.....
1. aku pengalaman menarik yg aku rasa bila keluar
bandar melaka lalu kampung cina. balik lewat malam
sekali dgn cheqoi & member2 lain (aku dah
lupa)...anjing punyalah banyak menyalak ...aku dah
risau..first time pulak tu...aku tengok cheqoi relax
saja....aku pun heran...celaka puak ni...macamana
boleh relax saja...rupanya anjing-anjing berani
menyalak kat dalam rumah dia saja....baru aku
tau.....sebelum ni aku duk ingat anjing tu ligan
orang....hehehehe...pengalaman tak boleh lupa...
2. ayat standard drebar bas....kalau kita pangge depa
pakcik...dia akan tanya balik...bila aku kahwin makcik
kau....drebar paling ganas...atai...
3. pemain dam favourite aku...wak dgn cina sorang
tu..lup aku nama dia...ayat standard dia...p******
lu....hahahahahha
Geng
Diam tak diam, dah 20 tahun rupanya.....lama tu....
regards
shahrol@cheqoi
87643950
aku teringin betul nak jumpa korang.. leh borak panjang2.. banyak kenangan manis/pahit masa kat melaka.. Aku teringat masa pergi konsert Fauziah Latiff kat Soon Seng Plaza, pastu bila nak balik naik bas, kena halau.. aku lupa sapa drebar tu.. dia leh kata "Sapa tengok konsert rock tak leh naik bas" .. pun$$k dia la.. siott jer.. nasib baik ramai yang tengok.. balik jalan kaki malam2.. ada la dalam 15 org.. sapa ada masa tu pun aku tak ingat..
Rahmat
sedih juga kisah rahmat ni. sapa lagi kawan-kawan yang 15 orang tu?
masa balik tu kena kejar anjing tak? bila sampai kampung lapan mesti lepak warung bakar sambil ngorat anak bakar.
Alooo bila pulak nak family day ni?
http://tryathletes.blogspot.com/ ni ha blog aku sekeluarga! Mai la jengok2 klu free...
cita pasal warung bakar, aku rasa ada yg tak habis bayar utag kat bakar lagi kot lepas grad ari tu
anak bakau tu sapa nama? aku dah lupa.. mata galak siott.. lela ek?
aku rasa ramai gak yang tak bayar utang bakau.. hehe.. mat cham salah sorang kot..
major K.. gathering tu kena buek lopeh rayo la.. buek jamuan raya teruih..aku nak buek tournament bowling petang atau pagi.. petang buek Hi-tea raya.. hehehe
ape jadi dengan flat kampung 8? masih ade lagi ke. masih ingat dengan cina yang jual nenas kat blok B ground floor. amoi yang sama floor dengan 39B mesti dah jadi nyonya. rasanya masih pakai seluar pendek lagi kot.
itu kodai bakau, bolum kiro kodai mat nor layi,
balik cito pasal kono potong rambut maso msr, sorang kawan kito tu raso ado makailah.... sobab tu dio sorang yor yg lopeh tak potong rambut....(TF)
den dongar anak bakau salah sorang tu kono tangkap basah ngan junior kito,
org kampung tangkap
cerito noneh kek 39B tu tak best layi...
kono cito pasal honey dew yg MJ K bawak balik seguni tu..hahahaha
apo sonyap yor.....
cito pasal mat cham yg tak sihat... macam mano dio sekarang, kek mano dio. apo no contact egh....
kan diolah lah yg paling hebat. sapo ado yg nak panjek meja makan maren... kalau tak hilang telingo mahmud kono tempeleng ngan mat cham
0404apo sonyop yor.....
biaso la sonyap... baru poso! bilo kito nak berbuko sesamo ni? den tiap tahun join budak2 junior yo...
aku dah maleh nak citer pasal buat gath.. kalau korang nak buat.. aku join.. kalau nak best buat la aktiviti.. baru NGAMMM
i'm 1 batch senior than u guys. but i still remember i of your
course mate..sham ka apa nama..
so called uitm athlete la jugak...
any update on him...if you don't mind sharing the info...
btw...since your earlier post did mention on frens yang dah arwah..just to update batch 1987..probably u guys knew some of them yang dah meninggalkan kita sume..
..Norlina Ramly (ex-Maybanker)..pujaan ramai jejaka dulu2..died in an accident, was hit by a trailer..Khairul Izam Nasir (ex-Maybanker)..died of Hepatitis..Moro..also died in an accident..Al-Fatihah to our frens yang dah takde..
dear Anonymous
May 14, 2008 12:28 AM,
al-fatihah to those who have left us. i have no idea about sham. maybe others can help on this. anyway maybe you could introduce yourself for the benefit of others. course ape dulu?
Refer to my posting on 14.5.2008. On that very day, we lost another friend due to breathing difficulties. If you can recall Rosmaria Abdul Razak, she's petite and cute. Al-Fatihah.
Post a Comment